Sunday 3 April 2016

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SMART KANTIN

Sambutan aktiviti yang dilaksanakan menarik minat murid-murid. Program SMART KANTIN dapat memberi kesedaran kepada murid-murid untuk menjaga kebersihan dan memilih makanan yang berkhasiat.



Monday 28 March 2016

Aktiviti bersama Yeos dan Berita Harian

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini iaitu bersama Yeos Yougart, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid – murid tentang kepentingan menjaga kesihatan terutamanya tentang system penghadaman. Informasi ini sangat berguna kepada murid, ilmu yang diperolehi boleh disebarkan kepada ibu bapa dan keluarga di rumah.







Thursday 24 March 2016

Kaedah Minum Susu Kotak Program Susu 1 Malaysia (PS1M)

Program ini bertujuan memberi tunjuk ajar minum susu kotak oleh Pn. Noraini A. Samad, Penyelaras Program Susu 1 Malaysia (PS1M). Seramai 81 orang murid RMT minum susu kotak bersama-sama guru.




Pertandingan Mewarna (Tahap 1) & Melukis Poster (Tahap 2)

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid supaya dapat mengenalpasti makanan seimbang yang bersesuaian dengan aktiviti harian mereka dan juga nutrisi seimbang dalam pengambilan makanan di samping menonjolkan bakat kreatif yang ada pada murid – murid SK Bandar Pontian.




Tuesday 22 March 2016

Program Cop Tangan Tahap 1

Program ini bertujuan untuk menunjukkan sokongan kepada warga sekolah terhadap konsep pemakanan sihat dan berkhasiat dengan slogan :
(i.) Eat Well, Live Well
(ii.) Badan Sihat, Otak Cerdas





Ceramah Makan Secara Sihat, Cegah Obesiti

Ceramah ini bertujuan untuk memberi ilmu tentang pola dan piramid pemakanan yang betul kepada murid-murid dan guru-guru serta emberi kesedaran tentang pemakanan secara sihat bagi mendapat kesihatan yang sempurna kepada para murid dan para guru.




Tuesday 15 March 2016

Ciri-ciri Kantin Sihat

Kantin sekolah yang sihat mempunyai syarat-syarat berikut :

• Terdapat bekalan air bersih untuk menyediakan makanan, mencuci tangan dan basuh pinggan mangkuk.

• Mempunyai tempat yang selamat untuk barangan runcit dan peralatan makanan yang bebas daripada serangga dan tikus.

• Terdapat tempat simpanan khas bukan makanan (hidangan sabun basuh , penghalau serangga cecair) berasingan daripada penyimpanan bahan makanan.

• Tempat bersih dan tertutup untuk pemprosesan dan penyediaan bahan makanan.

• Juruwang berada di tempat yang khas, sekurang-kurangnya orang yang berkhidmat sebagai juruwang tidak terlibat bagi menyediakan makanan kerana kuman boleh merebak ke makanan melalui tangan yang memegang wang.

• Mempunyai tapak pelupusan pepejal , cecair dan gas.

olahan dari sumber : http://www.parenting.co.id/usia-sekolah/kriteria+kantin+sekolah+sehat

Teng-teng

Aktiviti membuat teng-teng sebagai salah satu keceriaan oleh AJK inovasi






Program Gotong Royong

Program gotong royong membersihkan kantin telah diadakan pada 14 dan 16 Mac 2016 oleh guru-guru, pekerja kantin dan pekerja kebersihan SK Bandar Pontian





Mari Minum MILO

Program ini adalah untuk mengagihkan minuman Milo kepada semua murid dan guru SK Bandar Pontian. Minuman Milo disumbangkan oleh Syarikat MILO Malaysia



Thursday 10 March 2016

Permohonan tong kitar semula di SW Corp Cawangan Pontian untuk diletakkan di kantin SK Bandar Pontian




Taklimat Pertandingan Smart Kantin Peringkat Negeri Johor 2016

Taklimat Pertandingan Smart Kantin kepada guru-guru yang terlibat oleh GPK HEM SK Bandar Pontian, Puan Zuraini Bt Ali