Sejarah SK Bandar Pontian

SK Bandar Pontian mula di tubuhkan pada tahun 1907 oleh penduduk tempatan dengan nama 
asalnya Sekolah Melayu Pontian. Bangunan asalnya dibina daripada papan dan beratapkan
nipah, kemudian digantikan dengan zink. Lokasi asalnya ialah tapak Bangunan Majlis Daerah
Pontian sekarang. 
 
Pada tahun 1929 sekolah ini telah berpindah ke tapak yang ada sekarang. Pada tahun 1935 
pembinaan semula satu blok untuk pelajar lelaki dan satu blok untuk pelajar perempuan
1935 - Murid lelaki dan murid perempuan mula belajar bersama-sama dalam satu kelas di bangunan blok Arif
1937 - Bangunan Blok Bestari telah didirikan bagi menampung pertambahan murid pada masa itu
1988 - Pembinaan bangunan blok Cerdik
1987 - Kelas Pendidikan Kurang Pendengaran mula ditubuhkan dan bertempat dibangunan blok Bestari
1992 - SK Bandar Pontian telah dinaik taraf kepada sekolah gred A
1997 - Bangunan baru tiga tingkat telah dibina dan siap sepenuhnya pada tahun 2000 bagi mengatasi masalah kekurangan kelas kesan pertambahan murid
1998 - Sekolah rendah yang pertama di daerah Pontian menjalankan mata pelajaran Komputer dalam 
Pendidikan
2011 - Dua blok tambahan setinggi 4 tingkat dan kantin baru telah siap dan digunakan oleh warga sekolah








1 comment:

  1. 2006 tahun akhir bersekolah disini, Sy Mohamad Kasir. Semoga lebih banyak kejayaan tercipta di sekolah ni, lebih ramai anak murid yg cemerlang membawa rahmat & baraqah kepada sekalian alam

    ReplyDelete